Program ini direka oleh ThisMessyHappy untuk membantu anda berlari sejauh 5 km. Kunjungi laman web beliau untuk lebih banyak program percuma dan kandungan berkaitan dengan larian.
Arahan Program
- Lari dan rehat – Lakukan larian selama 1 hari dan berehat pada keesokan harinya.
- Masa ideal untuk melengkapkan program ini adalah 9 minggu. Ini bermakna anda perlu berlari 3-4 kali seminggu. Jika anda tidak mempunyai masa untuk larian 3-4 kali seminggu, lakukan sebanyak yang mampu setiap minggu.
- Pastikan anda melakukan regangan selepas setiap sesi larian. Klik di sini untuk video regangan.
- Muat turun fail di bawah dan print. Setiap kali anda berlari, tuliskan tarikh dan bagaimana perasaan anda selepas tamat larian.