Minum Air

Al-Qur’an dan Nabi Muhammad ﷺ ajar kita bahawa air adalah nikmat besar dari Allah, penting untuk semua kehidupan, dan perlu diminum dengan rasa syukur dan sederhana. Nabi ﷺ galakkan kita minum air dalam teguk kecilduduk, mula dengan “Bismillah” dan akhirkan dengan “Alhamdulillah” sebagai tanda kesyukuran. Baginda juga pesan supaya jangan membazir, walaupun masa berwuduk, dan tekankan pentingnya kongsi air sebagai sedekah. Ajaran ini ingatkan kita untuk hargai air, guna dengan bertanggungjawab, dan lihat ia sebagai cara menyucikan jasad dan rohani.

Macam mana minum air boleh bantu kurus?

  • Tingkatkan metabolisme: Kajian tunjuk minum 500 ml air boleh naikkan metabolisme sebanyak 24–30% selama sejam.
  • Kawal selera makan: Minum air sebelum makan buat kita rasa kenyang, jadi kurang kemungkinan makan berlebihan.
  • Bantu bakar lemak: Minum air yang jukup penting untuk pecahkan lemak simpanan jadi tenaga. Kalau kurang air, proses ni jadi perlahan.
  • Baiki prestasi senaman: Bila cukup air, badan lebih bertenaga dan tahan lama masa bersenam.
  • Lancar penghadaman: Air bantu gerakkan makanan dalam sistem pencernaan, elak perut kembung, dan bantu serap nutrien dengan lebih baik.

Jadi, cukupkan minum air setiap hari untuk bantu perjalanan kurus dengan lebih mudah!

Berapa banyak air yang perlu minum?

Jumlah air yang perlu diminum bergantung pada umur, berat badan, tahap aktiviti, cuaca, dan kesihatan badan. Kalau nak lebih pasti, bincang dengan doktor atau pakar kesihatan untuk nasihat yang sesuai.

Tips Praktikal Untuk Kekal Hidrat:

  • Dengar Badan Sendiri: Minum bila rasa haus. Rasa haus tu tanda badan perlukan air.
  • Tengok Warna Air Kencing: Kalau warna jernih atau kuning pucat, itu tanda badan cukup air.
  • Minum Perlahan-Lahan: Teguk air sikit-sikit sepanjang hari, bukan minum banyak sekaligus.

Pastikan badan cukup air supaya kekal sihat dan bertenaga! 

Boleh guna untuk monitor warna air kencing

Adab Minum Air dalam Islam

  1. Mulakan dengan Bismillah: Ucapkan Bismillah untuk ingat dan syukuri nikmat air dari Allah. Akhiri dengan Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran.
  2. Minum dengan Sederhana: Teguk air dalam teguk kecilduduk, dan gunakan tangan kanan.
  3. Elakkan Membazir: Jangan membazir air, tiup dalam bekas, atau minum air yang tercemar.
  4. Amalkan Berkongsi: Kongsi air dengan orang yang memerlukan sebagai satu bentuk kebaikan dan sedekah.

Adab ni bukan sahaja jaga kesihatan tapi juga tingkatkan kesyukuran kita kepada Allah.