Makan secara sederhana

Al-Qur’an dan Nabi Muhammad ﷺ ajar kita untuk makan secara sederhana. Makanan adalah rezeki dari Allah, jadi jangan makan berlebihan atau membazir. Bila kita makan secukupnya, badan kita sihat, dan kita lebih bersyukur dengan nikmat yang ada. Menariknya, ajaran ni juga sama dengan apa yang sains cakap untuk kekal kuat dan sihat.

Tahap 1 : Kenal dan faham rasa lapar dan kenyang

Bila kita kenal dan faham signal lapar dan kenyang, baru kita boleh makan secukupnya.

Untuk seminggu, guna jurnal ni untuk rekodkan apa yang awak makan. Sebelum makan, tanya soalan dari muka surat pertama. Tulis apa yang awak makan, rasa lapar sebelum dan selepas makan, dan macam mana perasaan awak lepas makan.

Senang je, tapi ia boleh bantu awak kenal badan sendiri dan perbaiki cara makan!

Tahap 2 : Makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang

Lepas rekod jurnal selama 7 hari, sekarang masa untuk mula amalkan makan dengan lebih sedar. Makan bila tahap lapar awak antara 1 hingga 4 (bila betul-betul lapar), dan berhenti bila tahap kenyang antara 6 hingga 8 (sebelum rasa terlalu kenyang).

Tahap 3 : Mindful eating

  1. Amalkan rasa syukur – Mulakan makan dengan bersyukur atas rezeki makanan, dan akhiri dengan rasa puas hati dan hargai nikmat makan
  2. Jaga saiz hidangan – Sebelum makan, fikir dulu berapa banyak makanan yang awak betul-betul perlukan, jangan terus penuhkan pinggan. Mulakan dengan hidangan kecil, tambah lagi kalau perlu.
  3. Bayangkan perut awak macam bekas yang ada had. Cuba bahagikan kepada tiga bahagian: 1/3 untuk makanan: Makanan untuk hilangkan rasa lapar. 1/3 untuk minuman: Air atau minuman untuk kekal hidrasi. 1/3 untuk udara: Ruang supaya rasa selesa dan tak terlalu penuh lepas makan.
  4. Makan perlahan-lahan – Kunyah betul-betul dan jangan tergesa-gesa. Bila makan perlahan, badan awak boleh beri isyarat bila dah cukup, jadi tak makan berlebihan.